Tips Pemakaian Bra



1) Adalah penting bagi wanita untuk mengenal rupa bentuk dan posisi payudara mereka sama berbentuk bulat, pendulous (jatuh) atau pun kecil atau di dalam posisi normal, jauh juga dekat.

2) Bagi mengenal pasti kiraan tepat untuk jenis payudara, gunakan teknik tiga segi. Jadikan titik puting dan tulang dada sebagai penanda:-


Payudara normal adalah untuk ukuran sama antara tiga titik penanda
Ukuran rapat jika jarak antara dua titik puting dekat
Ukuran jauh jika titik yang sama mempunyai jarak yang lebih panjang berbanding
jarak antara titik puting dan tulang dada.


3) Selepas anda mulai mengenal payudara sendiri, mulakan memilih coli sesuai supaya payudara yang besar tidak terlihat terlalu menonjol manakala pemilik payudara kecil tetap kelihatan feminin.


4) Contohnya wanita yang memiliki payudara bulat padat, kenakan coli potongan klasik bercawan penuh untuk mengelakkan kesan jangka panjang ketika proses pengenduran.


5) Jika selesa mengenakan coli tanpa dawai, anda perlu memastikan coli ada struktur sokongan tambahan dengan tali bahu yang lebar, kancing dan sayap belakangnya juga perlu lebar.


6) Pemakaian coli seharusnya tidak membebankan pemakai. Justeru, untuk memastikan pemakaiannya selesa, pastikan cawan coli tidak menekan payudara, membentuk kesan membonjol atau sehingga isi kelihatan terkeluar di bahagian atas, tepi dan belakang lengan.

7) Soal penjagaan boleh menentukan jangka hayat pakaian dalam anda, kerana ketahanan dan keanjalannya bergantung kepada kekerapan memakai, mengering dan membasuh.

8) Periksa pakaian dalam anda setiap enam bulan. Selain itu, kaedah penyidaian dan lipatan boleh menentukan pakaian anda tahan lebih lama.


TIPS : Memilih coli sesuai.

Payudara kecil
- Pilih cawan separuh atau tiga suku menutupi payudara dengan alas
- 't-shirt bra' dan 'push up bra' akan membantu memberikan kepadatan tambahan

Payudara pendulous (Jatuh)
- Coli berdawai paling sesuai untuk menampung dari bahagian bawah
- Coli berlapisan span boleh membantu mengisi bahagian yang kosong
- Coli tidak berdawai tapi bercawan penuh, mempunyai struktur sokongan tambahan, bertali lebar, kancing dan sayap belakang lebar sesuai untuk wanita yang memiliki payudara pendulous bersaiz besar.

Payudara posisi jauh
- Pilih coli berdawai atau tidak berdawai yang direka khas untuk memberikan sokongan sisi lebih mantap kerana ia mampu merapatkan posisi payudara.

Payudara posisi rapat
- Sebaik-baiknya pakai coli berdawai yang mampu menjarakkan kedudukan antara payudara (bahagian tengah coli yang terbahagi).

INFO : Bagaimana mengukur saiz coli?


1)Ukur saiz badan

- Ukur sekeliling bawah payudara dan gunakan jadual di bawah untuk mendapatkan saiz coli

Saiz badan TAMBAH Saiz coli
Nombor genap 28" +4" 32"
Nombor ganjil 29" +5" 34"


2)Ukur saiz mangkuk

- Ukur bahagian paling penuh payudara kemudian cari beza antara saiz coli (SC) dengan saiz payudara (SP) untuk mendapatkan saiz mangkuk coli

Beza SP-SC Saiz mangkuk
0 A
+1" B
+2" C
+3" D
+4" DD

0 ulasan:



Catat Ulasan