Biji Aprikot dan Kanser

Beberapa hari lepas duk belek internet nampak satu artikel menarik pasal penyembuhan kanser menggunakan biji apricot. Search jer kat google pasal biji apricot, byk la kuar mcm2 testimoni n faktanya. Rupanya dikatakan biji apricot ni ada khasiat b17 yang boleh membunuh kanser sama fungsinya dengan kaedah kimoterapi dan radioterapi. Sejauh mana keberkesanan tak taula. Rasanya tak salah mencuba, berusaha untuk berubat selainnya berserah kat tuhan. Mungkin tuhan dah permudahkan jalan untuk aku untuk mencari penawar penyakit mak, setiap penyakit yang Allah turunkan pasti ada penawar. Akupun baru kenal ape itu b17, tak penah taupun kebaikan makanan yang ada b17.

Vitamin B17 dari Biji Apricot




Biji apricot mengandungi kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia. Dengan sering mengamalkannya dapat membantu anda mengawal beberapa jenis penyakit kronik yang merbahaya. Apricot di percayai mempunyai khasiat seperti berikut:

1. Penggunaan biasa dan anti penuaan: (1-4 biji setiap 4 jam)

2. Rawatan :

  • Latihan sukan (2-8 biji setiap 4 jam)
  • ketahanan badan (2-8 biji setiap 4 jam)
  • meningkat sistem imuniti (3-8 biji setiap 4 jam)
  • kardiovaskular dan masalah peredaran darah (3-8 biji setiap 4 jam)
  • kencing manis (3-8 biji setiap 4 jam)
  • sawan(3-8 biji setiap 4 jam)
  • kanser (8 biji- 15 biji setiap 4 jam)
  • keletihan kronik (3-8 biji setiap 4 jam)
  • Detoksifikasi hati (6-8 biji setiap 4 jam)
  • penyakit autoimmune/SLE (6-8 biji setiap 4 jam)
  • asma/alahan (6-8 biji setiap 4 jam) k. Tekanan atau stress (2-6 biji setiap 4 jam)
  • pengsan (5-8 biji setiap 4 jam), radang paru-paru (5-8 biji setiap 4 jam)

3. Kecantikan: Mengurangi bintik-bintik hitam dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar. Hasilnya,kulit terlihat lebih berseri,segar dan permukaan wajah lebih halus.

4. Kewanitaan: Menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis. ( 8-15 biji setiap pagi dan petang sahaja).

Jika masaalah tersebut agak serius sila gunakan protokol 2

Protokol 1
Cara makan 1 : Di kunyah 65 kali kunyahan sehingga sebati dengan air liur. Sewaktu kunyah pastikan air liur keluar dengan banyak. Ini akan membantu menuteralkan bahan aktif yang ada dalam kandungan Biji apricot tersebut.

Protocol 2
Cara makan 2 :8-15 biji di blender dengan 1 gelas air dengan salah buah buahan appel hijau, angur, pec, pisang, lobak merah. Paling di galakan khusus bagi pesakit kanser atau barah adalah buah nenas dan buah betik Minum di waktu dibawah ini:
4 pagi
8 pagi
12 Tengahari
4 petang
8 Malam
12 malam

Tip Cancer

Amalkan memakan makanan yang mengandungi B17 di bawah ini

a. Broccoli, asparagus, beets,(tumbubuhan yang akarnya manis), Kobis,Lobak merah,Bunga kobis,celery, timun , lemon hijau dan kuning,

b. Kacang hijau, kacang merah, dan kacang buncis, lada hitam ( yang muda) Bayam, spinach, biji sawi, collards, asparagus, salad, kacang bendi, daun parsley, kobis, segala jenis lobak, sayaur yang ada getah putih dan berdaun besar,sengkuang cina, daun gandum muda, barley grass, Ubi sengkuang, tauge, bawang putih dan bawang merah.

Sel Cancer akan merebak dengan cepat jika tubuh berasid 6.6 ph hingga 5.5 ph

1. Faktur tubuh berasid

-Pemakanan jika diambil berlebihan dalam jangka waktu yang lama
-Jenis makanan tinggi protein terutamanya protein haiwan contohnya daging lembu dan ayam. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang.
-Minuman bergas dan jus buah-buahan terutamanya yang telah diproses dan mengandungi bahan pengawet dan juga pewarna.
-Makanan yang telah diperap seperti jeruk, ikan kering dan juga makanan ringan yang terlalu tinggi kandungan MSGnya.

2. Faktor emosi, mental dan spirit yang negatif. Kajian menunjukkan cara berfikir, sikap dan emosi yang negatif akan meningkatkan tahap keasidan dalam darah.

SUMBER SEMULA JADI YANG TERBUKTI UNTUK RAWATAN KANSER (APRICOT-B17)

BUKTI NYATA

Dr Ernesto Contreras , Oasis of hope Hospital , ; Beliau telah berjaya merawat 100,000 lebih pesakit kanser menggunakan Vitamin B-17 .

Apakah Pandangan Pakar dan Saintis mengenai Vitamin B 17 ?

Menurut Dr Philip E . Binzel , Pakar Kanser , Ohio , Usa : ” B 17 bahan alam semulajadi yang terdapat di dalam pemakanan nitrilosides ini boleh memusnahkan sel-sel kanser serta menyuburkan sel-sel bukan kanser” .

Dr . Micheal Tait , Fountain of Life Clinic , Gold Coast , Australia : ” Kanser adalah penyakit metabolic ….. terdapat bukti kukuh bahawa pengurangan vitamin B-17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser” .

Dr Dean Burk , Pakar Kanser dari Jerman yang mengkaji secara terperinci : ” Dibawah mikroskop kami masukkan B17 keatas sel kanser , kami melihat bahawa sel-sel kanser itu mati dengan cepat sekali”.

Dr Kanematsu Suguira , Penyelidik Kanser terkenal didunia : ” B17 adalah ejen anti barah paling berkesan yang pernah diujinya” .

Dr Ernest Kreb Jr , pakar biochemist Pengasas Vitamin B15 dan B17 : ” B17 adalah harapan utama dan terakhir didalam terapi kanser” .

Dr Hans Nieper , Pakar Kanser dari Jerman Barat ” Setelah melebihi 20 tahun bekerja sebagai pakar , saya mendapati vitamin B17 jauh lebih baik mahupun pencegahan ,. Saya berpendapat bahawa tiada lain melainkan Vitamin B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser”.

Oleh kerana keberkesanannya bayak hospital dan klinik mengguna kaedah ini. Antara klinik dan hospital yang mengggunakan Vitamin B17:

The Fountain of Life Clinic , Gold Coast , Australia , The Kroiss Cancer Center , Austria Immuno – Augmentative Therapy Center , Bahamas , Ozone Research Center , Havana , Cuba Center for Integrated , Vancouver , Kanada , HOC Center for Progressive Medicine , Kanada , Kelowna Naturopathic Clinic , Kelowna , Kanada , Brackendene Clinic , England , The Bristol Cancer Help Center , England , The Issels Cancer Treatment , England , Bio Med Klinik , Jerman , Klinik St Georg , Jerman , Optimum Health Centre , Hong Kong , United Cancer Research Institute , Hungary , The East Clinic , Ireland , Sant Orsola Malpighi Hospital , Bologna , Itali Holistic Keihoku Hospital , Tokyo ,Jepun , Oasis Hope of Hospital , Tiguana , Mexico , Hospital de Diagnostico , San Salvador , J. Buxalleu Font , Barcelona , Sepanyol ,. Las Mariposas Clinic , Malaga , Sepanyol , Spring of Life Therapeutic Cancer, Afrika Selatan .

Ujian dan Dugaan

Hari2 yang aku lalui skang rase cam payah sgt. Cubaan demi cubaan yang datang menimpa, bertalu2 rasenye ujian yang datang. 2 minggu lepas adik aku eksiden, ni datang plak satu berita yang memang aku tak jangka langsung, diberitahu kanser mak dah merebak ke paru2. Ya Allah sungguh berat menerima cubaan yang kau berikan ini. Berat mata melihat berat lagi bahu menanggung. Camne agaknya perasaan mak Harapan nak menjalani hidup yang sihat seperti sedia kala rase mcm tgl harapan. Tapi bile dapat berita ni aku tgk mak kuat je, mak still mampu tersenyum takde reaksi cemas ke risau. Aku tau mak dah bersedia menerima ujian ni. Tapi kami adik beradik lak tak tahan bile tau berita ni terutamanya aku. Air mata ni sampai skang laju je meleleh.Ya Allah kuatkan hambamu ni.


Mungkin hati mak semakin kuat mengharungi cubaan yang datang bermula waktu pemakaian colostomy bag dulu hinggalah mendapat berita yang lebih berat ni. Dulu masa mula2 diberitahu terpaksa guna colostomy bag, mak tak sanggup nk terima gak. Yerla sape sanggup terima keadaan diri yang normal sblm ni dan skang, terpaksa guna alat bantuan lain untuk meneruskan hidup, namun begitu hari2 yang dirasakan payah dilalui juga, kini ia telah sebati dengan diri.


Apa yang kami sekeluarga mampu lakukan tatkala ini hanyalah berserah dan berserah. Sesungguhnya ajal maut di tangan tuhan. Banyak pengajaran yang aku dapat kini, tuhan tu bukannya suka2 nak bagi ujian yang tidak daya ditanggung umatnya. Dia lebih tau ape yang terbaik. Ujian ni mungkin tuhan bagi untuk lihat sejauh mana tahap keimanan umatnya. Sejauh mana umatnya berusaha dan memohon pertolongan dariNya.


Sebelum ni aku byk lalai, leka dengan dunia sehingga aku lupa sekejap pada Allah. Memang benarlah kalau dikatakan manusia ni tak mengenang budi, tak bersyukur dengan kuniaan yang diberi dan tak pernah sedar dengan pengajaran lampau. Aku dah tergolong umat yang macam tu mengadap dan merayu semahu2nya pada tuhan bila masalah besar datang melanda. Bile gembira, senang, hati ceria jadi leka. Zalimnya aku pada mu Ya Allah. Semoga hatiku kuat seperti mana ibuku.

Salam Ramadan

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ' ' Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya.

Rahsia Tarikh Lahir dari Dato Dr Fadzilah Kamsah

Kajian ni dijalankan oleh Dato' Dr Fadhilah Kamsah. Sekadar renungan je..bkn diterima bulat2..

JANUARI


* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL


* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI


* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN


* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS


* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER


* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER


* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER


* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER


* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Galeri Myvi















































7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

* Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.

* Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

* Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

* Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

* Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

* Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

* Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.

* Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

* Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

* Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

* Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

* Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

* Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.

* Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.

* Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah

* Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

* Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

* Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

* Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

* Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

* Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

* Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.


Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!

43 Sebab Mengapa Hidup Menjadi Susah

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang:


1. Tidak sembahyang atau solat.

2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.

3. Makan atas pinggan yang terbalik.

4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..

5. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.

6. Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.

7. Suka bersandar pada pintu rumah.

8. Suka duduk di atas tangga.

9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.

10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

11. Tidak membersihkan rumah.

12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.

13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.

14. Suka tidur di atas muka.

15. Membakar kulit bawang.

16. Menjahit baju yang sedang dipakai.

17. Mengelap muka dengan baju.

18. Berdiri sambil bercekak pinggang.

19. Tidur tidak memakai baju.

20. Makan sebelum mandi hadas.

21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.

22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.

23. Lambat pulang dari masjid.

24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.

25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.

26. Suka memadam pelita dengan nafas.

27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.

28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.

29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.

30. Memakai seluar sambil berdiri.

31. Memakai serban sambil duduk.

32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.

33. Makan dengan menggunakan dua jari.

34. Berjalan di antara kambing.

35. Berjalan di antara dua perempuan.

36. Suka mempermainkan janggut.

37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.

38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.

39. Suka menggigit kuku dengan mulut.

40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.

41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.

42. Menguap ketika solat.

43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Julai Girl (Its me..huhu..)

Rahsia tarikh lahir bulan Julai berdasarkan kajian Dato Dr Fadhilah Kamsah, sekadar renungan..ade yang kne mengena dgn diri ini..ade yang tak..

· Sangat suka didamping (agak ramah n mudah mesra gakla ngn org lg2 kalu org tu byk ckp..pak lawak ke..kire sekepala gak dengan diri hamba ni..)

· Banyak berahsia dan sukar dimengerti ( berahsia pada certain2 perkara..x smua aku rasa nk cite n kongsi ngn org contoh cam kalau aku pnh p langgar kete bos kat car park xkn aku nk p cite kat org kan..bt bodo je dh la..bkn org nmpak..hehe..p/s:tuhan nmpak..huhu..sori bos tak sengaja..)

· Agak pendiam kecuali dirangsang ( agak pendiam bile time tido la kot..haha..ade ke org tido bising? Ape lak..yang mengigau..berdengkur..aku ni ikut time kot..kalu happy byk la ckp..contohnya time2 awl bln..hehe..aku akan kureng bercakap or jd pendiam bile masalah datang melanda..contohnya..mesin basuh rosak..cermin kete retak kne batu..benda ni buat satu mlm aku tak tido..haha..cam besar sgt prob..)

· Ada harga dan maruah diri.(Of Corse la..aku dr keturunan baik2. Bab agama..ngaji..solat..smua tau..tp stakat tau kalau tak amal..xde gune ye tak?)

· Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan (Yerla kadang2 org ni bile org murah hati, baik hati nk tolong..die naik lemak lak..selalu terkene..huhu..)

· Mudah dipujuk dan bercakap lurus (Tgkla pujuk ngn ape..hehe..)

· Sangat menjaga hati orang lain.(Hatiku menangis siapa tahu)

· Sangat peramah (xde le sgt peramahnye..tgk sape org gak yg nk diramah..)

· Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.(Yup gue sensitip beb)

· Berjiwa sentimental.(Tgk stok lagu la yg aku download..ngn pop jiwang..tangkap leleh la..rock jiwang..bla..bla..jiwang sana..jiwang sini..haha..)

· Jarang berdendam (Sbnrnye marah orgpun susah ni kate nak berdendam..Tp ade gakla simpan dendam ngn seseorg..sampai kan dalam tiap doa aku kat tuhan tak putus2..bknla mintak tuhan tunjukkn balasan ke ape..tp aku mintak tuhan lembutkan hati aku agar tak menyimpan apa2 dendam dan cuba memaafkan..tp ntahla sampai skang ade gak perasaan tu..maybe sbb dh dendam kesumat kot..tu ssh nk buang..haha..)

· Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.(”Aku marah tak bermakna aku membenci..tp bila Aku membenci..bermakna aku mule bdendam..marah sampai mase bole hilang..Tp dendam..mungkin bole bawak sampai mati..Ya Allah..jauhkan la hambamu..”)

· Tidak suka benda remeh-temeh. (Yerla kdg2 benda2 remeh ni la buat lg sakit kepala..dahla aku ni suke sgt memikir)

· Membimbing cara fizikal dan mental.(Aku suke sgt bg kaunseling kat org tp diri sendiri tak terkaunseling)

· Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang (Yerla aku kak long yang penyayang dan sgt mengambil berat adik2nya..acehh..)

· Layanan yang serupa terhadap semua orang. (Nnti ade yang terase)

· Tinggi daya simpati.

· Pemerhatian yang tajam.(em..sekilas ikan di air aku bole tau mane ikan jaws mne ikan bilis.tgk..betape tajamnye penglihatan aku..)

· Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.(Kdg2 suke gak camni..tp tula org ckp don’t judge a book by its cover)

· Mudah dan rajin belajar.(Dulu2 kala..mse time study..mmg struggle gile kalau study..)

· Suka muhasabah diri.(Time pas solat la..tupun kdg2..n jarang..yerla m’sia kan..mase susahla br nk igt tuhan..aku nipun tergolong gak..)

· Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.(Yer semestinya aku rindu gile kat geng2 karangkonke..miss u all sooo much..)

· Suka mendiamkan diri.(Ikutkan mmg aku ni tak byk ckp..depends on my mood..)

· Suka duduk di rumah.(Abis tak duk kat rumah nk duk kat mne ek?)

· Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.(Pnh gak camni..mse sek men dulu..psl aku dulu pendiam..org tak ckp ngn aku..akupun tak ckp la ngn org..)

· Tidak agresif kecuali terpaksa.

· Lemah dari segi kesihatan perut.(Stakat ni Alhamdulillah..hope jauhla dr segala penyakit)

· Mudah gemuk kalau tak kawal diet.(Ni mmg betul kalau aku tak diet..pakai redah je mkn ikut selera..sure badan cam kne pam..)

· Minta disayangi.

· Mudah terluka hati tapi lambat pulih.(Btul2 bak kata upin ipin..hehe)

· Terlalu mengambil berat.

· Rajin dalam membuat kerja.(Rajin la gak..bkn sy kate..org kate..hikhik..)


Thank You Allah

Happy Birthday To Me (25 Julai)

Allah selamatkan kamu..

Allah selamatkan kamu..

Allah selamatkan dan panjangkan umurmu..

Allah selamatkan kamu..

Amin..