Resepi Pilihan Internet 1



PUDING GULA HALUS CAREMEL

Bahan (1)
10 biji telur
3 ¼ cawan gula
1 tin susu cair (susu sejat yang tawar)
½ cawan gula (hanguskan dalam loyang) hanguskan ney maknanya cairkan
1 sudu teh esen vanila

Cara Menyediakannya:
1. Hanguskan (cairkan) gula dalam loyang, biarkan ia sejuk.
2. Bancuh Bahan (1) (tak termasuk gula hangus) dan letakkan dalam loyang
gula hangus tadi dan kukulah sehingga masak lebih kurang 15 minit
3. Bila sejuk simpankan dalam peti ais, dan bila ingin dihidangkan tangkupkan
puding tadi ke atas pinggan yang sesuai, biarkan air gula tuh meleleh menambahkan selera



PUDING ROTI CAREMEL

Bahan A
1/2 cawan gula di masak sehingga keperangan dan di tuang didalam bekas/loyang yang telah dicalit butter.

Bahan B.
2 biji telur
1 buku roti (atau 10 keping roti gardenia)
2 sudu besar tepung kastad (sukatan rata)
1 tin susu cair (evaporated milk)
1 tin air buah fruit cocktail (peach or others)
1/2 cawan gula
1 sudu teh essen vanilla
Hiasan :
Fruit cocktail or peach

Cara Membuat :
1. Panaskan kukusan
2. Blend semua bahan B (kecuali buahan dalam tin). Tapiskan dan masukkan kedalam bekas gula yang telah dimasak tadi.
3. Tutup dengan cling film.
4. Kukus sehingga masak or 30 minutes whichever is sooner.
5. Setelah masak, masuk dalam peti sejuk .
6. Untuk menghias - terbalikkan kedalam pinggan, dan susun fruit cocktail mengikut citarasa sendiri.



PUDING ROTI

bahan-bahannya:
1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur

cara membuatnya:
Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan



KEK COKLAT LEMBAB

Bahan2:
2 cawan tepung blue key (aku guna tepung naik sendiri brand Tesco)
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cwn serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara2:
Campurkan semua bhn satu persatu. Just pakai wisk , xyah pakai mixer..takut terlalu naik nanti...bancuh rata then kukus dlm masa 40 minit camtu.



KEK BATIK

Bahan2:
20 keping biskut Marie ( aku guna rich tea biscuit)
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan milo
2 sudu serbuk koko
2-3 sudu kcg tumbuk (kcg tanah yg disangai dan di kisar halus)
1/4 cawan mixed fruit

Cara2:
Pecahkan biskut marie kpd 4 bhgn.Ketepikan.Kemudian, masak mentega, gula & susu pekat. Bila mentega & gula dah cair, masukkan milo & serbuk koko. Gaul rata. Peringatan!! kena guna api perlahan spy x hangit. Kemudian masukkan kcg tumbuk,mixed fruit & masuk kan biskut marie yg dah dipecah2kan td. Gaul cepat2 sblm adunan mengeras. Bila dah rata, masukkan dlm loyang yg sudah digeris dgn mentega. Tekan2 dgn menggunakan senduk yg dah disalut plastik.Kemudian sejukkan...barulah buleh dipotong!



KASTARD CAREMEL

Bahan:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal
5 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad
1 tin fruits cocktail...untuk hiasan

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail.
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert.



CRÈME CAREMEL

basic creme caramel
Bahan-bahan :
5 biji telur
1 tin susu pekat [bagi yg suka kurang manis gunakan susu cair 1/2 tin + susu pekat 1/2 tin..atau guna susu cair aje]
1 tsp tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air suam
vanilla essence
1 cawan gula - dihanguskan + air sket aje [beli yg dah siap pun bleh]
hirisan badam yg di sangrai utk hiasan..
fruit cocktail

panaskan pengukus atau ketuhar
1. Pukul telur hingga sederhana kembang then masukkan susu pekat..pukul lagi
2. masukkan bancuhan tepung jagung dan esen vanilla
3. gula hangus diratakan di dalam mangkuk kaca tahan panas
4. tuang adunan telur yang telah dipukul tadi ke mangkuk kaca perlahan- lahan
5. kukus atau bakar hingga masak..[anggaran 45 minit]
6. biar sejuk n terbalikkan..tabur dgn hirisan badam dah tuangkan fruit cocktail di sekeliling puding [with sedikit syrup atau toskan je airnya]



BAKED CHEESECAKE

Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
230g serbuk biskut digestive / marie
30g gula kastor
75g butter - cairkan

Lapisan atas:
250g philadelphia cream cheese - brand nie yg paling sodap
125ml whipping cream
1 camb jus lemon
70g gula kastor
3 biji kuning telur
1 camt esen vanila
2 camb tepung kastard
3 biji putih telur

cara:
1. campurkan semua lapisan bawah, ratakan di dlm tin spring form atau apa2 loyang pun buleh
2. simpan di dlm fridge selama 20 min
3. putar cream cheese hingga lembut, masukkan whipping cream dan jus lemon
4. kacau rata dan masukkan sedikit demi sedikit gula, diikuti kuning telur dan esen vanila
5. akhir sekali, masukkan tepung kastard
6. putar putih telur hingga separuh kental, kaupbalikkan ke dalam adunan
tuangkan ke atas lapisan biskut
7. letak tin di atas tin pembakar dan bakar pada suhu 175C selama 30-35 min
8. jangan dibuka oven semasa memasak
9. bila kek telah masak, renggangkan pintunya
10. bila kek sejuk baru disimpan didlm fridge selama 4 jam. kalau suka hiaskan dengan buah2an pilihan di atasnya



SUP AYAM MAMAK STYLE

Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung atau ayam bando pun buleh gak - dibelah 4
air - utk merebus ikut suka ati ler
daun sup dan daun bawang secukupnya - dihiris (kalau ada mmg sedap tak ada pun tak apolah joyah)
4 camb minyak
4 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
2 cm halia - dikisar

Bahan rempah (dikisar jadi serbuk):
2 camb jintan manis
1 1/2 camb jintan putih
2cm kulit kayu manis
1/2 camt lada hitam - kurangkan jika tidak mau pedas
3 kelopak bunga lawang atau 1/2 kuntum
1 kuntuk bungan cengkih

Bahan pemekat:
1 camb tepung gandum - dibancuh dengan
1/2 cawan air utk dijadikan pes

cara:
1. rebus ayam dengan air hingga mendidih
2. perlahankan api dan renihkan hingga ayam empuk
3. keluarkan ayam dan sukat air rebusan sebanyak 1.5 ltr dan ketepikan
4. potong ayam menjadi kepingan kecil
5. panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi
6. masukkan pula rempah kisar dan sedikit air rebusan
7. kacau hingga naik minyak dan wangi
8. tuangkan baki air rebusan dan kacau sekali sekala hingga mendidih
9. perlahankan api, tuangkan pes tepung dan kacau tanpa henti hingga kuah sup menjadi pekat
10. sendukkan ke dalam mangkuk berisi kepingan ayam dan taburkan daun sup dan daun bawang



WANTAN GORENG

Bahan-bahannya:
250 gram isi udang, dicincang halus
70 gram karot, disagat
70 gram sengkuang, disagat
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh kicap cair
½ sudu teh minyak bijan
garam secukupnya
serbuk perasa jika suka
serbuk lada putih secukupnya
secukupnya kulit wantan
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Isi udang, karot, sengkuang, tepung jagung, kicap cair, minyak bijan, garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih dicampurkan dan digaul hingga sebati.
2. Ambil sekeping kulit wantan dan isikan dengan 1 sudu teh isi wantan dan gunakan air untuk melekatkan hujung kulit wantan. Atur diatas dulang. Buat lagi sehingga kesemua inti wantan habis digunakan.
3. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Bila minyak telah panas, boleh masukkan wantan yang telah disediakan dan goring sehingga ia kekuningan. Angkat dan toskan. Hidang bersama sos cili.



NUGGET AYAM

Bahan-bahannya:
500 g isi ayam, dikisar/cincang
1/4 cawan fresh breadcrumbs
1-2 biji telur, dipukul sedikit
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk 'coating'

Cara-caranya:
1. Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam.
2. Gaul sebati.
3. Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis.
4. Kemudian celup ke dalam telur dan lepas itu digolek kedalam serbuk cornflake/roti.
5. Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal.
6. Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan.
7. Sedia dimakan bersama sos.



BUTTERED PRAWN

Bahan-bahan (1 family):
500gm udang harimau
4 sudu makan butter
3 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
minyak masak utk mengoreng

Bahan (A) disatukan:
3 biji kuning telur
2 sudu makan susu cair
garam & serbuk lada sulah

Bahan (B) dicincang:
2 ulas bawang putih
5-6 biji cili padi
1 tangkat daun kari

cara:
1. perap udang dengan serbuk lada sulah, garam dan gula selama 30 min
2. kemudian gaul udang dengan tepung jagung hingga rata
3. panaskan minyak yg banyak, goreng udang hingga masak. angkat dan toskan
4. panaskan 2 sudu butter. goreng bahan (A) atas api perlahan hingga ranggup dan keemasan. ketepikan
5. panaskan baki butter, tumis bahan (B) hingga berbau
6. masukkan udang dan telur. kacau hingga udang bersalut elok. Angkat



AYAM PERCIK

Bahan-bahan (1 family):
1 ekor ayam - dipotong ikut suka hati
1 ltr santan - dari 2 biji kelapa
2-3 camb pes cili
1cm belacan
1 camt halba
2 keping asam keping
1 camt gula
garam secukupnya

Bahan kisar:
8 biji bawang merah
2cm halia
3cm kunyit
2cm lengkuas
2 batang serai

cara:
1. jerang semua bahan atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih
2. bila kuah setengah pekat, keluarkan asam keping
3. masukkan ayam dan balik2kan hingga 3/4 masak
4. biar kuah atas api perlahan
5. panggang ayam dan percikkan kuah diatasnya
6. bila ayam masak, sajikan dengan kuahnya tadi



AYAM GORENG MAMAK

Bahan-bahan:
1.5kg ayam - dipotong ikut suka
1 1/2 camt jintan putih - disangai & ditumbuk
1 camt pes bawang putih
2 camt pes halia
1/2 camt serbuk kunyit
1 camb serbuk ketumbar
1/4 camt serbuk lada hitam
1 1/2 camt serbuk cili
2 camb tomato puri
2 camb tepung beras
sedikit pewarna merah - jika suka
garam secukupnya
3 pelepah daun kari
minyak untuk menggoreng

cara:
perap ayam dengan semua rempah dan garam selama 2 jam
Balik2kan supaya rata rempahnya
panaskan minyak, goreng ayam dengan beberapa helai daun kari hingga masak
angkat dan sedap dimakan dengan nasi putih dan lauk2 yg sama waktu dengannya

0 ulasan:



Catat Ulasan