Beza Antara Suka & Cinta


1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.


2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.


3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.


4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.


5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.


7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.


Camni Ke Rasa Jatuh Cinta??


1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.


2. Anda akan sentiasa merindui dia.


3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.


4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.


5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.


6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.


7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.


8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.


9. Dia sentiasa di fikiran anda.


10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.


11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.


12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.


13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

SMS Cinta Jiwang Karatz


Apa perasaan u pada I?
BENCI? – Abaikan saja sms ni.
KAWAN? – Balas balik sms ni.
RINDU? – Sekali missed call.
SAYANG? – 3 X missed call.
CINTA? – Terus call I la…..

———————–

Sy blh terima kopi takde susu…Malam tanpa lampu..Roti tanpa madu..

Burger takde keju..Tapi..sy tak leh terima kalau..SUNYI takde SMS dr U..

————————–

bila jauh, saya rindu sangat2

bila awak tak sms,saya setia menunggu

bila awak diam,saya mulai bimbang

kerana saya takut…

takut…awak lupakan saya… .

—————————

Inginku kirim BUNGA, takut ia kn LAYU,

ingin ku kirim SENYUM, takut xDIBALAS,

ingin ku kirim RINDU, takut HAJAT x ksmpaian.
jadi, ku kurim DOA agr dirimu sht sllu..

———————————–

“TeMaN IsTiMeWaMu BuKaN Yg SeLaLu

Di DePaN MaTa,Yg SeNtIaSa Di SiSi TeTaPi…

DiA Yg SetIa DiHaTi DaN… .DiIgAtI DlM SeTiAp Bisikan DoA… “

——————————————–

Benarkah merdu buluh perindu
maniskah gula didalam dulang
adakah miss call tandanya rindu
benarkah sms maknanya sayang?

—————–

Aku mungkin bukan teman“sempurna” Yg kau cari

Bukan juga yg “TERBAIK” di antara semuanya..

tapi yg pasti aku teman yg akan selalu kau rindui..

———————————

rasa suka jika ada yg merindui,
lebih suka jika ada yg menyayangi &
teramat suka jika ada yg tak lupakan kita!

——————————–

Kdg2 I sms U..Kdg2 tidak..
Kdg2 I reply..Kdg2 I xde kdt..

Tapi jgn risau, brpe byk kdg2 tue..
U tetap “TEMAN ISTIMEWA” i

Bkn utk kdg2.. tapi utk SELAMANYA(”,)

——————————–
mgenalimu 1 keindahan..bergurau dgnmu,1 kbahgiaan..
menyakiti hatimu, ku cuba elakkan..dan 1 pmintaanku,
biar phubungan kita kekal berpanjangan…

——————————-

Biar rindu asal x jemu,
biar kasih asal x sedih,

biar cinta asal x terseksa,
biar sayang asal x hilang, &

biar berpisah asal hati x berubah..

——————-

Jika semlm ada ksalahnku, maafkanlah. Jka hari ini aku

brtyakan khabarmu, ini yg trakhir. Jika esok tiada berita

dariku, anggaplah aku telah tiada…KREDIT

———————————

JAUH Itu Ada Jarak Yg Tpisah,

JAUH Itu Ada Ruang Yg Memisah.

JAUH Itu Ada Dua Insan Yg Tpisah,

JAUH Itu Ada Dua Hati Yg Dpisah..

Namun JAUH Itu Ada Rindu Yg Tak Sudah..
———————-

Kdg2 hdup ni bz sgt..

Nk ckp hai kdg2 x smpat

Even nk sms slalu pun x smpt

Tapi xb’erti kite kt sini lupa org kat sana

(”,) tAkE CaRe..

———————

@>-/-
Ukhwahfillah..
Bukan yG SelalU dekAT Dimata..
bUkan yg kerAP BicaraNYa TetApi
yg Setia Dihati daN DiingatI..dlmSetiAp BiSiKan dOa..

—————————

1st skali sy nk mtk maaf atas sgla kesalahan sy,
halalkan mkn minum sy, sy rase kt xkan jmp lg,
mgkin ni msg yg terakhir dr sy, smpanlah utk m`ingati dri sy,
stiap yg b`temu pasti akn b`pisah….sy tpaksa prgi…..
ke jepun bgi m`bantumUltraman mgalahkan raksasa belalang

—————————-

Org Dulu2 pRnH KAte, bULu mata akAn jatUh Bile aDe soMe1 inGat kiTe..

staRt dgR ciTeR tu,sy TruS sTop inGat Kat aWk..

sBB sy takUt aWk xDe buLu matA…
—————————–

AnDAi HaRi EsOk SaYa TiaDa, DaN
GaGaL M’uCaPkn SLMT TINGGAL,
InGaT BhW SaYa X pRnH LuPa Utk UcPkN TERIMA KASIH!

KrN SaYa B’pluAnG M’geNaLi S’sEoRh.. SPRTI Awak..

———————————

1001 GURAUAN belum tntu dpt m’gukir 1
SENYUMAN. Ttpi hny 1 SINDIRAN
sdh cukup MELUKAKAN hati
seseorang & hnya dgn 1 SMS
sdah cukup mbuatkan seorg m’ingatimu!

—————————

Basket is raga, wood is kayu,
bila i trjaga trus ingat u!
This is kulit kerang, wood is kayu,
i cakap trus trang, i miss giler kat u!!!

—————–———————–

Ikatan hati antara insan adalah ANUGERAH

membuat mereka TERTAWA…MENANGIS…MENERIMA…MEMBERI…

& yg paling PENTING ia membuatkan seseorang menghargai hidup…

—————–———————–

Salam MANIS beserta MADU, salam SAYANG beserta I LOVE U,

salam RINDU beserta I MISS U, salam ROCK, wa CAYA sama lu,

salam INGATAN saje nak tahu.. Abg buat ape tu?
———————–
———————–

rasa sUka Jika ada yang merindUi……
lebih sUka Jika ada yang menyayangi….
dan teramat sUka Jika ada yang x meLupekan diri ini……(^_^)

———————–———————–

Jangan mengucapkan kata-kata indah & manis kepadaku kerana aku takut akan menyayangimu…
Jangan mengambil berat tentang diriku kerana aku bimbang akan mengasihimu…
Jangan terlalu baik padaku kerana aku takut akan merinduimu…
Jangan memberikan aku kenangan @ harapan kerana aku khuathir akan jatuh cinta padamu…
Jangan menghargai pertemuan ini kerana aku tidak mahu menderita kehilanganmu lantaran ada perpisahan.

———————–———————–

AnGkAT tgN! inI RoMPaKan!
YG HenSEM Ke SeBELah KaNAn!
yG lAwA ke SeBelAh KIri!
yg WaJaHnYa hoDoH ke TeNgaH.
AWak! yE AwK jgn pUrA² bAce SMS!.
cEpAt Ke TeNGah !!

———————–

katak pisang katak puru,
adakah katak & pisang sepupu?
jangan perasan atau terharu,
bukan nak ucap kata rindu,
cuma nak ucap selamat malam to U.

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita


Bagaimana Dikatakan lelaki itu "Cantik"?? Dan bagaimana pula dikatakan wanita itu "Gagah"?? Cuba kita fikirkan..

Kecantikan seorang lelaki bukanlah pada rupa fizikal tetapi murni rohaninya. Lelaki yang cantik, adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, walaupun setelah menerima racun berbisa

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dalam konflik

5) Lelaki yang baik sangka dan sentiasa memikir untuk kebaikan diri dan orang sekelilingnya.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa, jauh sekali mengeluh berkali2. Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad dan ianya adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki

Kegagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta2 agar dipenuhi segala keinginan. Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Jangan..Jangan..Jangan..

  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah Kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)..
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH Dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut Kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati Kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama Dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita. Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan baca saja, tetapi hendaklah disusuli dengan amal. Ilmu tanpa amal seumpama pohon yang tidak berbuah.


Tips Gagal Dalam Percintaan


Jika tak dapat apa yang kita suka..belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kitabahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-Nya..

Panduan Cara Mohon Hajat Ditunaikan


Dalam usaha untuk bermunajat dan berdoa agar ALLAH menunaikan segala hajat kita. Maka bolehlah amalkan cara di bawah ini.


Untuk tunai segala hajat:

  • Duduk menghadap kiblat (dalam keadaan berwudhuk)
  • Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
  • Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
  • Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala laungan azan “Allahuakbar” yang pertama, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa agar segala yang dihajati diperkenankan.
  • Lakukan amalan ini sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
  • Lakukannye dengan khusyuk dan yakin yang Allah akan membantu kita.

Hanya pada ALLAH kita sembah dan kepadaNYA juga kita mohon pertolongan. Sesungguhnya ALLAH MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Semoga dapat amal.